Cara-cara untuk memohon KPLI



Baru-baru ini keputusan penempatan guru bagi mereka yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah diumumkan. Keputusan bolehlah disemak secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perguruan, berikut adalah cara-cara untuk memohon memasuki KPLI:

PENGENALAN
  • KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ialah satu kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada para graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru di dalam Malaysia.
  • Selain daripada itu, tujuan kursus ini diperkenalkan adalah untuk memberi pilihan profesion alternatif kepada para graduan seterusnya menampung lambakan graduan yang menganggur.
  • Dengan adanya kursus KPLI ini, diharapkan mutu pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan kerana lebih banyak guru boleh diserapkan di kawasan-kawasan pedalaman yang amat memerlukan tenaga pengajar.
  • Kursus ini dijalankan selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia.
CARA-CARA MEMOHON
  • Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di: http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/
  • Permohonan tidak dibuka sepanjang masa. Pemohon hendaklah selalu menyemak akhbar nasional untuk mengetahui iklan-iklan terkini mengenai KPLI.
  • Sebelum melakukan pendaftaran online, pemohon perlu membeli no PIN yang terdapat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdapat di seluruh negara. Cas sebanyak RM6 akan dikenakan.
  • Pemohon yang berminat amatlah digalakkan membaca dan memahami isi kandungan e-Panduan yang disediakan di: http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/epanduan.html

1 comments:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Panduan & Maklumat Terkini mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) :
http://sites.google.com/site/panduankpli

Post a Comment

Make Money Blogging